Wednesday 9 August 2017

NOTIS KEMASKINI SEWAAN HARGA BILIK STANDARD
Untuk makluman kepada semua, pihak pengurusan Iftitah Restaurant & Resort telah menaiktaraf penggunaan kipas angin kepada alat penghawa dingin ke seluruh bilik Standard. Sehubungan dengan itu, mohon maklum bahawa kadar sewaan penggunaan bilik tersebut turut menokok (naik). Maklumat lanjut mengenai kadar baharu tersebut, sila merujuk kepada gambar yang dimuat naik bersama status ini.
Sekian, harap maklum.

Sunday 21 May 2017

NOTIS TUTUP OPERASI RESTORAN IFTITAH BELAWAI SEMPENA RAMADHAN 2017/1438H


Assalaamu'alaikum & Salam sejahtera warga dunia.Berikut adalah pemakluman jadual operasi Iftitah Restaurant & Resort Pantai Belawai dan Kafe Iftitah Cafe Tanjung Manis https://www.facebook.com/groups/124675197637769/?ref=bookmarkssempena bulan Ramadhan Al Mubarak serta Hari Raya Aidilfitri 2017.
Operasi Restaurant akan mula ditutup pada 26 Mei 2017 (Jumaat) sehingga 30 Jun 2017.
Operasi Restaurant akan dibuka semula pada 1 Julai 2017 (sabtu)
Walau bagaimanapun, operasi chalet tidak akan ditutup sepanjang penutupan operasi restoran. Mana mana pelanggan yang risau tentang kemudahan makan minum sepanjang menginap, kami nasihatkan untuk berkunjung ke Bazaar Ramadhan di sepanjang jalan Kampung Belawai.
Iftitah Restaurant hanya membuka tempahan untuk berbuka puasa jika tempahan tidak kurang dari 30 orang.
Jika anda merindui menu menu kami, anda boleh berkunjung ke cawangan kami di Kafe Iftitah Cafe Tanjung Manis, kerana cawangan kami di Tanjung Manis akan beroperasi dari jam 6 ptg hingga 10 malam bermula dari 28 May hingga 20 Jun 2017.
Para pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan awal sebelum datang untuk berbuka bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Walau bagaimanapun, apa juga perubahan atau makluman mengenai operasi, kami akan maklumkan dari masa ke semasa.
Untuk sebarang info hubungi Iftitah di no. 0138390202.
Terima kasih, wassalam.

Wednesday 12 April 2017

MAJLIS PELANCARAN “HANIM’S BAKERY & PASTRY” @ Iftitah Restaurant & Resort

Nurfarahanim Binti Ibnee atau lebih mesra dengan panggilan Anim, anak ke lima daripada 8 orang adik beradik mengorak langkah menyambung legasi ayahnya (perintis Iftitah Restaurant & Resort) dalam industri makanan & minuman (food & beverage) dengan pelancaran kedai kek Hanim’s Bakery & Pastry yang terletak di sudut sebelah kiri kaunter bayaran restoran Iftitah.
Majlis pelancaran usai terlaksana pada jam 2:00 petang, hari Sabtu bersamaan 1 April 2017 yang lalu.
Melalui post pada kali ini, admin kongsikan moment terindah majlis tersebut serta pelbagai jenis produk yang telah disedia dan terjual.































Iftitah Sunset Dining Ground (ISDG)

Jika Pulau Bali berbangga dengan keunikan Pantai Jimbaran dan Pantai Kuta, yang menjadi persinggahan wajib para pelancong untuk menikmati hidangan makanan atau minuman sambil menghayati keindahan persekitaran atau pemandangan senja, Pantai Belawai pun apa kurangnya.
Terilham dari keunikan Pantai Jimbaran & Pantai Kuta, Pulau Bali tersebut Kr. Ibnee Bin Ekni perintis juga pemilik Iftitah Restaurant & Resort merealisasikan wawasannya untuk meletakkan Pantai Belawai, Sarawak setanding Pantai Jimbaran & Pantai Kuta, Pulau Bali dengan pelancaran Iftitah Sunset Dining Ground (ISDG)

"Alhamdulillah, akhirnya hasrat untuk memperkenalkan BELAWAIKU ke persada seterusnya selangkah tertunai... in sya Allah, akan terus melangkah dan melangkah... doakan agar hasrat kami tercapai ye... aamiinn."

Soft Opening IFTITAH SUNSET DINING GROUND (ISDG) murni siaga pada 1 April 2017.. terima kasih kepada semua yang terlibat serta pelanggan yang sungguh sporting..

Berikut ini, kami kongsikan moment terindah di ISDG, Pantai Belawai, Sarawak, Malaysia.