Wednesday 12 April 2017

MAJLIS PELANCARAN “HANIM’S BAKERY & PASTRY” @ Iftitah Restaurant & Resort

Nurfarahanim Binti Ibnee atau lebih mesra dengan panggilan Anim, anak ke lima daripada 8 orang adik beradik mengorak langkah menyambung legasi ayahnya (perintis Iftitah Restaurant & Resort) dalam industri makanan & minuman (food & beverage) dengan pelancaran kedai kek Hanim’s Bakery & Pastry yang terletak di sudut sebelah kiri kaunter bayaran restoran Iftitah.
Majlis pelancaran usai terlaksana pada jam 2:00 petang, hari Sabtu bersamaan 1 April 2017 yang lalu.
Melalui post pada kali ini, admin kongsikan moment terindah majlis tersebut serta pelbagai jenis produk yang telah disedia dan terjual.































Iftitah Sunset Dining Ground (ISDG)

Jika Pulau Bali berbangga dengan keunikan Pantai Jimbaran dan Pantai Kuta, yang menjadi persinggahan wajib para pelancong untuk menikmati hidangan makanan atau minuman sambil menghayati keindahan persekitaran atau pemandangan senja, Pantai Belawai pun apa kurangnya.
Terilham dari keunikan Pantai Jimbaran & Pantai Kuta, Pulau Bali tersebut Kr. Ibnee Bin Ekni perintis juga pemilik Iftitah Restaurant & Resort merealisasikan wawasannya untuk meletakkan Pantai Belawai, Sarawak setanding Pantai Jimbaran & Pantai Kuta, Pulau Bali dengan pelancaran Iftitah Sunset Dining Ground (ISDG)

"Alhamdulillah, akhirnya hasrat untuk memperkenalkan BELAWAIKU ke persada seterusnya selangkah tertunai... in sya Allah, akan terus melangkah dan melangkah... doakan agar hasrat kami tercapai ye... aamiinn."

Soft Opening IFTITAH SUNSET DINING GROUND (ISDG) murni siaga pada 1 April 2017.. terima kasih kepada semua yang terlibat serta pelanggan yang sungguh sporting..

Berikut ini, kami kongsikan moment terindah di ISDG, Pantai Belawai, Sarawak, Malaysia.